PERKHIDMATAN

Pengenalan

Sebagai agensi pengajaran dan pembelajaran, pusat sumber sekolah menawarkan pelbagai perkhidmatan pendidikan untuk warga sekolah. Perkhidmatan yang ditawarkan oleh Pusat Sumber Sekolah SMK Pulau Gaya “One Stop Centre” adalah menjurus dan lebih fokus kepada budaya ilmu iaitu pengajaran dan pembelajaran terutamanya dalam bidang akademik dan kokurikulum di sekolah.

Perkhidmatan

Antara perkhidmatan yang ditawarkan oleh pusat maklumat yang berkonsepkan “One Stop Centre” ini, adalah seperti berikut:

  1. Perkhidmatan Pengajaran dan Pembelajaran Terancang.
  2. Perkhidmatan Pengajaran dan Pembelajaran Berkumpulan.
  3. Perkhidmatan Pengajaran dan Pembelajaran Individu.
  4. Perkhidmatan Akses Pembelajaran Kendiri (SAL).
  5. Perkhidmatan Program NILAM.
  6. Perkhidmatan Pinjaman Bahan Bacaan Fiksyen.
  7. Perkhidmatan Pinjaman Bahan Bacaan Bukan Fiksyen.
  8. Perkhidmatan Pinjaman Rujukan Peperiksaan PMR dan SPM.
  9. Perkhidmatan Bahan Bacaan Terbitan Berkala.
  10. Perkhidmatan Pinjaman BBM.
  11. Perkhidmatan Akses Internet.
  12. Perkhidmatan Komputer.
  13. Perkhidmatan Cetakan.
  14. Perkhidmatan Penerbitan Media Pengajaran dan Pembelajaran.
  15. Perkhidmatan Khidmat Nasihat.
  16. Perkhidmatan Penggunaan Bilik Khas.
  17. Perkhidmatan Berbayar.
  18. Perkhidmatan Bahan Bacaan Rangkaian Ilmu.
  19. Aktiviti Pertandingan Akademik dan Kokurikulum.

Rangkaian ilmu.

Pusat Sumber Sekolah SMK Pulau Gaya “One Stop Centre” telah memperkenalkan satu konsep bagi menjana budaya ilmu dalam kalangan warganya. Konsep tersebut diperkenalkan Jawatankuasa Induk Pusat Sumber sekolah dengan menjadikan pusat-pusat ilmu yang terdapat di sekolah ini adalah sebagai rangkaian pusat sumber sekolah. Konsep pusat sumber sekolah diperluaskan kerana proses  pengajaran dan pembelajaran, latihan, seminar dan bengkal dijalankan di kawasan persekitaran sekolah. Rangkaian maklumat ini  adalah sumber untuk mengakses, mengumpul, menimba dan menterjemah ilmu dalam kalangan guru-guru dan murid-murid. Konsep “One Stop Centre” bukan saja sebagai penjenamaan pusat maklumat ini tetapi untuk memudahkan warga sekolah ini memperkembang ilmu  dengan menggunakan setiap perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan untuk meningkatkan pencapaian cemerlang dalam kalangan mereka.

Rangkaian ilmu Pusat Sumber Sekolah SMK Pulau Gaya “One Stop Centre” menawarkan pelbagai perkhidmatan, antaranya rangkaian ilmu;

Carta Rangkaian Ilmu Pusat Sumber MK Pulau Gaya
RANGKAIAN ILMU `ONE STOP CENTRE’

`Kesinambungan  pengajaran dan pembelajaran berlaku di luar bilik’ satu inovasi menyebar-luaskan maklumat di persekitaran sekolah.

1. BANGUNAN INDUK PERPUSTAKAAN

Bangunan induk perpustakaan menyediakan perkhidmatan rak bahan bacaan fiksyen dan non-fiksyen, rak majalah pelbagai jenis, sudut santai membaca akhbar, rak buku tanda merah, rak bahan bacaan profesional, sudut galeri (sejarah, serasi, kebudayaan, akademik & Kokum,  dan sudut NILAM).

Dalam perpustakaan ini ada menawarkan khidmat pelanggan seperti fotokopi, mesin pencetak, binding,  laminating, serta bilik penerbitan Buletin, rakaman audio berkomputer, penyuntingan dan penghasilan video. (setakat ini perpustakaan sudah menghasilkan Video Dokumentari sekolah, Videoklip Profil Sekolah serta penerbitan album Digital Sekolah)

2. BILIK ALAT PANDANG DENGAR (APD)

Bilik ini menawarkan perkhidmatan kelas P&P Berbantukan Komputer (PBK), Skrin LCD, TV & Video Player, Talian internet, radio dan CD dan kaset  P&P, untuk  kegunaan guru mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran.

3. LAMAN WARISAN

Bangunan Laman Warisan ini menawarkan khidmat pameran Sejarah Sekolah, Galeri Seni,  Galeri Sains, Sudut Self Acess Learning (SAL) yang mengandungi bahan pembelajaran kendiri pelajar seperti radio, CD P&P, Komputer, Bahan cetak P&P yang disediakan oleh Guru panitia serta bahan rujukan majalah dan buku latihan praktikal kendiri.

4. SUDUT BACAAN DALAM KELAS

Bahan yang terdapat di sini ialah buku-buku rujukan, majalah dan risalah-risalah umum yang disediakan oleh perpustakaan.

5. DEWAN TERBUKA D’SAMUDERA

Dewan ini menempatkan galeri pameran alam sekitar dan anti-dadah yang mengandungi risalah-risalah berkaitan, poster serta bahan bercetak yang dipamerkan di ruang papan notis D’Samudera.

6. DEWAN SERBAGUNA D’BAYU

Dewan ini menempatkan gambar-gambar photo berkaitan dengan sekolah, bilik tayangan umum, ruang untuk diskusi berkumplan P&P, dan kerusi meja semi ekslusif untuk majlis jamuan kepada pengunjung SMK Pulau Gaya.

7. PONDOK-PONDOK ILMU

Terdapat 8 ruang pondok di sepanjang lorong menuju jeti utama sekolah. Pondok-pondok ini menawarkan ruang santai kepada pelajar dan kelas P&P luar bilik kelas, ruang ini juga  menawarkan risalah, buku-buku rujukan, poster dan rajah bergambar yang berkaitan dengan P & P. Ruang ini membantu P&P pelajar berlaku secara informal di luar bilik kelas.

8. BILIK GURU

Di bilik guru disediakan rak bahan bacaan profesional dan separa profesional serta majalah, akhbar umum, notis maklumat serta risalah umum untuk tenaga pengajar.

9. BILIK DOKUMENTASI SEKOLAH

Bilik ini menempatkan semua dokumen rasmi dan fail-fail berkaitan pentadbiran am sekolah, pengurusan akademik dan kokurikulum sekolah yang dikawalselia oleh Pusat Sumber.

10.  ANJUNG GAYA

Ruang foyer terbuka depan bilik pentadbiran dan bilik guru, menempatkan replika, photo bergambar, bahan maklumat berkaitan kecemerlangan sekolah yang dikawal-selia oleh Pusat Sumber untuk tatapan para warga sekolah dan  pelawat yang datang ke sekolah ini.

11. KANTIN SEKOLAH

Selain tempat santapan harian warga sekolah, kantin ini juga menyediakan ruang pameran maklumat seperti pemakanan seimbang, kebersihan, penyakit dan juga ruang pentas tentang spesies  herba dan taman refleksologi.

12. BILIK KAUNSELING

Selain nadi penisaht moral warga sekolah, bilik ini juga menawarkan pusat rujukan maklumat tentang kerjaya, peluang kemasukan ke IPTA dan IPTS serta peluang-peluang mendapatkan biasiswa. Bilik ini dikawal-selia oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan bantuan maklumat dari Pusat Sumber.

13. BILIK SBPT

Selain menjadi stor buku-buku pinjaman (SBPT), bilik ini juga dijadikan sebagai tempat membaca bagi pelajar-pelajar yang tidak mendapat SBPT serta maklumat pada papan notis yang berkaitan dengan P & P.

14. SURAU AL-FALAH

Selain menjadi tempat beribadah harian warga sekolah, surau ini juga menyediakan rak bahan bacaan untuk rujukan warga sekolah seperti buku-buku berkaitan dengan Pendidikan Agama Islam serta risalah dan poster yang berkaitan dengan P&P mata pelajaran Pendidikan Agama Islam.


AKTIVITI

Antara aktiviti tahunan Pusat Sumber Sekolah SMK Pulau Gaya One Stop Center setiap tahun adalah seperti berikut.

1. Pinjaman Buku Fiksyen (NILAM).

2. Pinjaman Buku Rujukan.

3. Pinjaman Buku Redspot.

4. Pinjaman Buku Bukan Fiksyan.

5. Program NILAM.

6. Pinjaman Bahan Bantu Mengajar.

7. Pinjaman CD Pembelajaran.

8. Pembacaan Terbitan Berkala.

9. Akses Internet.

10. Pelbagai Aktiviti Pertandingan.

– Pidato.

– Pencarian Maklumat

– Ulasan Buku (Bertulis dan Lisan)

– Penulisan Karangan (Menengah Rendah dan Atas)

– Sudut Bacaan (Menengah Rendah dan Atas)

– Fail Tegak / Folio (Menengah Rendah dan Atas)

– Bina Perkataan (Menengah Rendah dan Atas)

11. Anugerah NILAM

12. Pinjaman Berkelompok.

13. Sudut Bacaan Rangkaian Ilmu.

14. Penerbitan.

– Blog Pusat Sumber Sekolah SMK Pulau Gaya.

– CD Pusat Sumber Sekolah SMK Pulau Gaya “One Stop Center”

– CD Profil Sekolah

– CD Album Sekolah

– Laporan Tahunan PSS

– Kad Ahli PSS

– Buletin PSS

– Brosur PSS

– Buku Panduan PSS

– Buku Rekod Penggunaan PSS dan Rangkaian Ilmu.

– Kertas Kerja

15. Penghasilan Bahan Bantu Mengajar.

16. Cetakan / Salinan Fotokopi / Penjilidan

17. Penyebaran Maklumat Akademik dan Kokurikulum (Papan Maklumat)

18. Pembelajaran Kendiri (PAPK / SAC)

19. Pengunjung ke 1000

20. Peminjam Bahan Bacaan Paling Aktif.

21. Guru Inovatif

22. Derma Buku

23. Meja Panitia

24. Anugerah Kualiti Rangkaian Ilmu

25. Pembelian Bahan dan Alatan Pusat Sumber Sekolah

Semua Jawatankuasa Pusat Sumber Sekolah berusaha untuk terus merancang dan melaksanakan pelbagai aktiviti bagi melibatkan warga sekolah secara aktif dalam kurikulum sekolah. Seterusnya menggunakan setiap perkhidmatan pusat sumber ke tahap maksimum. Di samping, menggalakkan mereka menggunakan perkhidmatam maklumat dan menyertai aktiviti di pusat-pusat maklumat yang terdapat di persekitaran Bandaraya Kota Kinabalu. Selain, turut mengakses maklumat secara maya sama ada di sekolah atau institusi maklumat lain.

Perkhidmatan dan aktiviti yang dirancanakan oleh institusi maklumat ini adalah untuk mendokong aktiviti kurikulum dan kokurikulum sekolah. Penggunaan dan penglibatan secara efektif dalam kalangan murid-murid dan guru-guru serta staf sokongan akan dapat menyemai budaya ilmu di sekolah ini. Adalah diharapkan agar warga sekolah memanfaatkan perkhidmatan dan menyertai aktiviti yang dianjurkan pusat sumber sekolah ke tahap maksimum. Sekaligus dapat menyumbang ke arah pencapaian visi, misi, matlamat, dan objektif penubuhan pusat sumber sekolah ini. Malah mampu membantu pencapaian budaya “Beyond Excellent” di peringkat PPD Kota Kinabali. Bahkan dapat menyumbang pencapaian matlamat dan objektif Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Dasar Pelajaran Kebangsaan dan Wawasan 2020 agar warga sekolah berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan masyarakat antarabangsa.

Respon

  1. Gaman Harry nanti kasih tau sia ah, macam mana mau buat hot spot thumbnail itu foto sini ah… hehehe..

  2. Hakmat kasih semak isi kandungan Rangkaian Ilmu ini k. kalau ada silap kasih betul tau….

  3. Tq, KrewPSS. Bagus kalau beri pengenalan tentang konsep One Stop Center sebelum pernyataan rangkaian ilmu dalam paparan ini.

  4. Hai, KrewPSS. boleh tambah pengenalan One Stop Center dalam rangkaian ilmu ini.

  5. Maklumatnya saya tambah (pengenalan) dan heading tetingkap rangkaian ilmu telah saya rename dengan perkhidmatan. Boleh bah kan.

  6. Gaman Harry cuba ko check ada 5 spam oh dalam ni, dari mana spam itu, cuba kasih selesai, entah spam apa-apa ?

    • Gaman Pat… 5 spam suda diurus…
      Tuan Hakmat…. pautan PTK sudah siap…
      Utk pengawas yang rajin tu, teruskan usaha demi PSS kita. TQ