PROFIL

VISI

Menjadikan Pusat Sumber SMK Pulau Gaya “One Stop Centre” Efisien dan Cemerlang Menjelang 2012

MISI

Bertekad Memantapkan Penggunaan Perkhidmatan Pusat Sumber Sekolah


Melahirkan Murid-murid Cemerlang dalam Kurikulum dan Kokurikulum

selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

MOTTO

“Budaya Ilmu Penjana Kecemerlangan”


SEJARAH PUSAT SUMBER SMK PULAU GAYA “One Stop Centre”

Pusat Sumber SMK Pulau Gaya telah mula diasaskan pada tahun 1995 yang diurus oleh Cikgu Magaret Vun. Bangunan Pusat Sumber ini yang terletak bersebelahan dengan blok pentadbiran pada asalnya  dengan sumber bahan yang terhad mengurangkan kepentingan perkhidmatan pusat sumber ini kepada sekolah.

Pada tahun 1997 ruang Pusat Sumber ini telah dipindahkan ke bangunan baru iaitu di Blok G, namun pada 26 Disember 1997 bangunan roboh dan banyak bahan dan peralatan musnah akibat bencana Ribut Greg. Blok ini dibangunkan semula di tempat yang sama dan diuruskan oleh Cikgu Ronnie Leong selepas Cik Magaret Vun  berpindah. Pada masa itu keluasan bilik pusat sumber berkenaan adalah 3 Bay atau sebuah bilik darjah. Bilik ini bersebelahan dengan bilik darjah Tingkatan 5 Ihsan.

Setelah Cikgu Ronnie berpindah,  pengurusan pentadbiran diurus oleh Cikgu Tuan Ibrahim Tuan Soh pada tahun 1998. Setelah Cikgu Tuan Ibrahim dilantik sebagai Guru Penolong Kanan Kokurikulum pada tahun 2000, Cikgu Hakmat Abdullah pula dipertanggungjawabkan menyelaras pusat maklumat ini. Pada tahun berkenaan bekas bilik darjah Tingkatan 5 Ihsan telah diubahsuai sebagai Bilik APD kerana kelas berkenaan telah dipindahkan ke blok baru.  Pada tahun 2001 kerja pentadbiran dipertanggungjawabkan kepada Cik Samintang Sila dan kemudian digantikan oleh Cik Riazulnisa Mohd Zulfikar.

Tidak lama kemudian En. Azman Che Rus menjalankan tugas sebagai Penyelaras Pusat Sumber Sekolah dalam tahun yang sama. Cik Susan Agatha Graham mula mengendalikan pusat ilmu ini pada tahun 2003 hinggalah tahun 2004. Pada Ogos 2005 hingga kini En. Hakmat Abdullah kembali menyelaras pusat sumber sekolah setelah dilantik sebagai Guru Perpustakaan dan Media oleh pihak Jabatan Pelajaran Sabah.

SENARAI PENGERUSI JAWATANKUASA INDUK PUSAT SUMBER SEKOLAH

1. EN. TUAN MAT TUAN KOP (1989 – 1991)

2. EN. MOHAMMED YEW ABDULLAH (1991 – 1995)

3. TN. HJ. MAT YUNUS AWANG (1995-1999)

4. TN. HJ. ABDUL AZIZ MOHAMED ZAIN (1999 – 2008)

5. EN. CHE ROSE BIN BAKAR (2008 – KINI)

SENARAI GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIA (PENYELARAS PSS) HINGGA KINI

1. CIK  MAGARET VUN (1995 -1997)
2. EN. RONNIE LEONG  (1997 -1998)
3. EN. TUAN IBRAHIM TUAN SOH (1998 -1999)
4. EN. HAKMAT ABDULLAH (2000 – 2001)
5. CIK SAMINTANG SILA (2001 – 2001)
6. CIK RIAZULNISA MOHAMMAD ZULFIKAR (2001 – 2001)
7. EN. AZMAN CHE RUS (2002 – 2002)
8. CIK SUSAN AGATHA GRAHAM (2003 – 2005)
9. EN. HAKMAT BIN ABDULLAH (2005 – kini)

PERKEMBANGAN TERKINI PUSAT SUMBER SMK PULAU GAYA.

Pada bulan Mac 2007 pusat sumber sekolah ini telah diubahsuai dengan penambahan keluasan bilik 20′ X 70′ dengan tujuan menyediakan ruangan tambahan untuk keperluan pengguna pada masa akan datang. Pusat ini kembali beroperasi sepenuhnya dalam bulan Mei 2007. Sejak itu, pusat sumber sekolah dibangunkan berdasarkan konsep “One Stop Centre” iaitu idea pengetua pada masa itu Tn. Hj. Abdul Aziz Mohamed Zain. Konsep ini telah menjelmakan kawasan sekolah sebagai pusat sehentian pengajaran dan pembelajaran serta pencarian maklumat dalam kalangan warga sekolah.

Antara lokasi rangkaian ilmu pusat sumber sekolah yang boleh diakses untuk keperluan pengajaran dan pembelajaran di sekolah ini adalah seperti Blok Induk Pusat Sumber Sekolah, Bilik Guru, Bilik Darjah, Makmal Sains, Bengkel Kemahiran Hidup, Bilik Gerakan, Bilik Pendidikan Seni Visual, Bilik SPBT, Pondok Ilmu, D’ Samudera, D’BAYU, Laman Warisan, Koridor Laluan Ilmu, Dataran Hj. Abdul Aziz, Bilik Dokumentasi, Pejabat Am, Surau Al-Falah, Bilik PJK, dan Kantin Sekolah. Dalam hal ini semua warga sekolah digalakkan menggunakan rangkaian ilmu ini dengan lebih sistematik dan terancang dengan merekodkan penggunaan di tempat-tempat berkenaan. Pembangunan dan penggunaan pusat-pusat ilmu berkenaan diselaraskan oleh pusat sumber sekolah dengan kerjasama jawatankuasa akademik dan kokurikulum sekolah.

Keberkesanan pusat sumber sekolah ini dinilai dari segi peningkatan prestasi akademik warga sekolah ini. Pihak jawatankuasa induk pusat sumber sekolah telah menyediakan pelbagai media pengajaran dan pembelajaran bagi kegunaan masyarakat sekolah. Di samping menyediakan rekod penggunaan perkhidmatan dan rangkaian berkenaan untuk mengesan implikasi penggunaan pusat-pusat ilmu tersebut dalam memantapkan penguasaan kemahiran dan pengetahuan murid-murid dalam akademik. Oleh yang demikan, kerjasama semua pihak adalah amat diperlukan bagi menjayakan konsep “One Stop Centre” seterusnya menjadi pemakin kecemerlangan murid-murid dalam akademik dan kokurikulum.

LOKASI SMK PULAU GAYA KOTA KINABALU

aerial-pulau-gaya_lama

PELAN LANTAI KAWASAN PUSAT SUMBER SEKOLAH SMK PULAU GAYA ONE STOP CENTRE

Kawasan sekolah ialah rangkaian ilmu bagi pusat sumber sekolah kerana sebagai pemakin pengajaran dan pembelajaran

Kawasan sekolah ialah rangkaian ilmu bagi pusat sumber sekolah kerana sebagai pemakin pengajaran dan pembelajaran

Susun Atur Induk Pusat Sumber Sekolah SMK Pulau Gaya One Stop Centre

Susun Atur Induk Pusat Sumber Sekolah SMK Pulau Gaya One Stop Centre

%d bloggers like this: