Posted by: KrewPSS | April 11, 2009

e-Waktu

SISTEM AUTOMASI e-Waktu

Baru-baru ini, pada 9 April 2009 Pusat Sumber Sekolah SMK Pulau Gaya One Stop Centre telah membeli sistem perakam waktu. Sistem automasi ini adalah untuk merakamkan kehadiran dan penggunaan pusat sumber sekolah oleh guru-guru dan murid-murid sekolah ini.

Pn. Yana bt Mohd Kamal menyerahkan Sijil Penghargaan Penggunaan Sistem e-Waktu kepada En. Hakmat.

Pn. Yana bt Mohd Kamal menyerahkan Sijil Penghargaan Penggunaan Sistem e-Waktu kepada En. Hakmat.

Pihak pusat sumber sekolah telah diberi latihan pengendalian sistem berkenaan oleh Pn. Yana bt Mohd Kamal Pegawai Pemasaran YN Network Solutions. Menurut Pn. Yana “sistem automasi e-Waktu ini akan memudahkan pihak pengurusan pusat sumber sekolah untuk merngemaskini data bagi tujuan pelaporan aktiviti, rekod kehadiran dan penggunaan perkhidmatan pusat sumber sekolah oleh warga sekolah”.

Bagi pihak sekolah dan  pengurusan pusat sumber sekolah En. Hakmat Abdullah Guru Perpustakaan dan Media SMK Pulau Gaya merakamkan jutaan terima kasih terhadap kerjasama dan perkhidmatan latihan yang diberikan oleh Pn. Yana dan pihak YN Network Solutions.

Sehingga kini pihak pusat sumber sekolah telah menggunakan dua sistem automasi iaitu e-pustakawan dan yang terkini e-waktu. Beliau berharap agar kemudahan ini dimanfaatkan sepenuhnya demi meningkatkan mutu perkhidmatan pusat sumber sekolah kepada warga sekolah. Sekaligus dapat mencapai visi pusat sumber sekolah untuk menjadi pusat sumber sekolah efisien dan cemerlang menjelang 2012.


Kategori

%d bloggers like this: