Posted by: KrewPSS | Mei 11, 2009

KORIDOR ANTI DADAH

KORIDOR ANTI DADAH BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Lorong Anti Dadah di bawah penyeliaan Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Pulau Gaya telah diwujudkan bertempat di laluan ilmu antara D’ Samudera dengan Bilik PPSMI menghala ke Dewan Serbaguna SMK Pulau Gaya. Lorong Anti Dadah ini disediakan untuk menyertai pertandingan Lorong Anti Dadah Peringkat Daerah Kota Kinabalu. Murid-murid terlibat secara aktif dalam proses penyediaan kodidor maklumat ini dengan bimbingan Kaunselor dan guru-guru SMK Pulau Gaya.  Koridor ini memaparkan tentang maklumat bahaya dadah dan amalan gaya hidup tidak sihat lain seperti merokok dan minum minuman keras.

Pintu Gerbang Koridor PPDa SMK Pulau Gaya

Pintu Gerbang Koridor PPDa SMK Pulau Gaya

Rak Folio Anti Dadah

Kain Rentang Kempen Kesedaran dan Rak Folio Anti Dadah

Model Tali Gantung dan Kain Rentang Kempen Anti Dadah

Model Tali Gantung dan Kain Rentang Kempen Anti Dadah hasil kerja murid-murid SMK Pulau Gaya turut dipamerkan di sini

Maklumat yang dipamerkan ini bukan sahaja sebagai bahan yang dipertandingkan, tetapi amat bermanfaat untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran di luar bilik darjah.

Papan maklumat yang memaparkan maklumat Anti Dadah

Hasil kerja murid turut dipamerkan di papan maklumat Anti Dadah

Maklumat Anti Merokok yang dipamerkan di Koridor Anti Dadah

Maklumat Anti Merokok, Reflika Pesalah Dadah di sebat dan Reflika Tali Gantung turut dipamerkan di Koridor Anti Dadah

Koridor ini juga adalah rangkaian maklumat Anti Dadah yang terdapat di Bilik Bimbingan dan Kaunseling, pusat sumber sekolah dan di bilik darjah. Justeru warga sekolah perlu memanfaatkan koridor maklumat ini, di samping turut menjaga keselamatan bahan yang dipamerkan untuk kelangsungan ilmu dalam kalangan masyarakat yang mencintai ilmu.


Kategori

%d bloggers like this: