NILAM

logo-nilam

LATAR BELAKANG

Budaya ilmu adalah aktiviti ilmiah yang dipraktikan sesebuah masyarakat untuk menjadi masyarakat bertamadun. Peradaban ini akan terus relevan dan berkembang jika diasah dan diperturunkan kepada generasi muda masyarakat kita. Pembentukan bangsa atau masyarakat dapat dibina jika mengamalkan budaya ilmu. Salah satu asas yang penting bagi budaya ilmu ialah amalan membaca. Membaca perlu disemai dan dijadikan amalan setiap anggota masyarakat agar dapat berkembang maju dalam pelbagai bidang seperti pendidikan, ekonomi, dan teknologi. Kecemerlangan bangsa dan negara akan dapat dicapai jika masyarakatnya membudayakan amalan membaca sebagai rutin harian. Sekaligus pengetahuan dan pengalaman melalui pembacaan dijadikan asas pembentukan modal insan yang cemerlang bagi membentuk negara maju.

Program NILAM

Kementerian Pelajaran Malaysia telah memperkenalkan Program NILAM di peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah. Program NILAM adalah agenda prima untuk menjadikan murid-murid sekolah sebagai warga yang berilmu. Di samping menjadikan membaca satu habit yang berkesinambungan tanpa mengira peringkat usia. NILAM adalah akronim daripada Nadi Ilmu Amalan Membaca. Program NILAM merupakan pengabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah seluruh negara. Program NILAM adalah penjenamaan semula program membaca dengan memberi pengiktirafan. Ianya salah satu kaedah untuk menangani masalah yang menghalang penyuburan tabiat membaca dalam kalangan warga sekolah dan masyarakat Malaysia amnya.

Matlamat

Matlamat Program NILAM Pusat Sumber Sekolah SMK Pulau Gaya One Stop Center adalah seiring dengan matlamat di peringkat Kebangsaan iaitu;

  • Membina tabiat membaca yang berkekalan dalam kalangan murid.
  • Meningkatkan kuantiti dan kualiti prestasi akdemik murid-murid dan sekolah.

Objektif

Objektif Program NILAM Pusat Sumber Sekolah SMK Pulau Gaya One Stop Center adalah sebagaimana objektif di peringkat kebangsaan. Iaitu sepanjang program NILAM murid-murid akan dapat:

a. Menjadikan murid banyak membaca atau suka membaca.

b. Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca.

Tiga Elemen Program NILAM

a. Rekod Membaca : Setiap murid merekod buku yang dibaca dalam Buku Rekod NILAM.

b. Pengesahan Pembacaan : Guru mengesahkan rekod bacaan murid.

c. Pengiktirafan : Pengiktirafan diberi kepada murid berdasarkan bilangan buku yang dibaca dan aktiviti berkaitan yang disertai.

Pelaksanaan

Program NILAM mempunyai dua tahap pelaksanaan iaitu;

Tahap Jauhari

  • Murid wajib mengikuti aktiviti galakan membaca di sekolah.
  • Membina kemahiran dan minat membaca sehingga menjadi satu tabiat.
  • Menggu akan kemudahan perkhidmatan pinjaman buku melalui pusat sumber sekolah dan pusat maklumat yang lain.
  • Mula dinilai dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5.

Tahap Rakan Pembaca

  • Murid yang telah berjaya membaca 100 naskhah buku layak di peringkat ini.
  • Murid berkebolehan membimbing dan menarik minat rakan lain supaya membaca buku.
  • Mendapat bimbingan Guru Pembimbing sebelum menjalankan aktiviti RP.
  • Memberi pinjman buku kepada rakan, ahli keluarga dan jiran.
  • Markah diberi berdasarkan bilangan buku dibaca, jumlah pendengar, dan pembaca.

Aktiviti

Antara aktiviti yang dicadangkan di peringkat RP Pusat Sumber Sekolah SMK Pulau Gaya One Stop Center adalah seperti berikut;

  • Bercerita
  • Membaca bersama
  • Bicara Buku
  • Meminjam buku
  • Memberi pinjaman buku
  • Ulasan Buku
  • Ulat Buku
  • Kamus Bergerak
  • Forum
  • Ceramah Buku
  • Ceramah
  • Jejak Buku
  • Khemah Membaca
  • Kuiz Pengetahuan
  • Radio Sekolah
  • Pameran Buku
  • Buku Skrap
  • SEMAI
  • Kelas Terbaik NILAM (Menengah Rendah & Atas)

Pengiktirafan

Berhubung pengiktirafan Program NILAM Pusat Sumber Sekolah SMK Pulau Gaya One Stop Center. Murid-murid yang layak akan mendapat:

  • “Stand Medal”
  • Buku Kerja.
  • Sijil Anugerah NILAM
  • Kad Ahli Ekslusif  NILAM
  • Kad Kumulatif
  • Sijil Akuan Sekolah
  • Sijil Berhenti Sekolah

Pengiktirafan Tahap Jauhari

Jumlah Bacaan                          Pengiktirafan

72-143 buah                               Gangsa

144-215 buah                             Perak

216- 287 buah                           Emas

288 ke atas                                  NILAM

Pengiktirafan Tahap Rakan Pembaca

Segala aktiviti Rakan Pembaca dijalankan dan direkod dalam buku khas, disemak serta dinilai oleh guru pembimbing. Program NILAM Tahap Rakan Pembaca peringkat Pusat Sumber Sekolah SMK Pulau Gaya One Stop Center adalah sama dengan pengiktirafan diperingkat kebangsaan.

Markah                                        Pengiktirafan

100-199                                         Gangsa

200-299                                        Perak

300-399                                        Emas

400 ke atas                                   NILAM

JKNILAM09


PENERIMA ANUGERAH NILAM PERINGKAT SMK PULAU GAYA

PENERIMA ANUGERAH EMAS TAHAP JAUHARI PROGRAM NILAM 2008

Nurhudah Ahmad - 226 naskhah buku (2005/2008)

Nurhudah Ahmad (Jauhari) 226 naskhah buku (2005/2008)


PENERIMA ANUGERAH GANGSA TAHAP JAUHARI PROGRAM NILAM 2008


Dg. Noraini Abnan - 174 naskhah buku (2005/2008)

Dg. Noraini Abnan (Jauhari) 174 naskhah buku (2005/2008)

Masarellah Eddie - 148 naskhah buku (2005/2008)

Masarellah Eddie (Jauhari) 148 naskhah buku (2005/2008)

Nurshakilla Razak (Jauhari) 100 naskhah buku (2005-2008)

Nurshakilla Razak (Jauhari) 100 naskhah buku (2005-2008)

Nurulin Naim (Jauhari) 100 naskhah buku (2005-2008)

Nurulin Naim (Jauhari) 100 naskhah buku (2005-2008)


SITI SALMAH BINTI BENJAMIN 95 naskhah buku (2008)


NURATIKAH MANSUR 84 naskhah buku (2007-2008)

Nurshawati Musali (Jauhari) 72 naskhah buku (2007-2008)

Nurshawati Musali (Jauhari) 72 naskhah buku (2007-2008)

Penerima Anugerah NILAM Tahap Jauhari 2008

Penerima Anugerah NILAM Tahap Jauhari 2008 bergambar kenangan dengan En. Che Rose Bin Bakar (Pengetua), En. Rutil Taising (PK HEM) En. Paternus Mujamah (PK KOKUM), En. Hakmat (GPM) & Cik Riazulnisa (Penyelaras NILAM).


PENERIMA ANUGERAH EMAS TAHAP JAUHARI PROGRAM NILAM 2007

NURLIDA JAMIL 240 naskhah buku (2005-2007)

Nurhudah Ahmad - 226 naskhah buku (2005/2007)

Nurhudah Ahmad (Jauhari) 226 naskhah buku (2005/2007)


PENERIMA ANUGERAH GANGSA TAHAP JAUHARI NILAM 2007

Masarellah Eddie - 136 naskhah buku (2005/2007)

Masarellah Eddie (Jauhari) 136 naskhah buku (2005/2007)

Dg. Noraini Abndn - 100 naskhah buku (2005/2007)

Dg. Noraini Abnan (Jauhari) 133 naskhah buku (2005/2007)




SENIKATA LAGU NILAM


Membaca dan belajar amalan hidup mulia

Jadikan panduan wawasan anda

NILAM program membaca memberikan semangat

Membaca dengan jaya budaya kita

Bina tabiat membaca matlamat NILAM kita

Ganjaran diberi tidak terhingga

Jadi rakan pembaca juga capai jauhari

Pembaca yang bestari anugerah diberi

NILAM, NILAM, anugerah NILAM

Menerangi jalan suram

NILAM, NILAM, anugarah NILAM

Idaman Pembaca Jaya

Membaca dan belajar amalan hidup mulia

Bina tabiat membaca NILAM kita

Dunia indah sekali pasti berseri

Amalan membaca menjana minda bestari


%d bloggers like this: