Posted by: KrewPSS | April 10, 2009

MESYUARAT AGUNG PIBG

MESYUARAT AGUNG PIBG SMK PULAU GAYA 2008/2009

Pada 4 April 2009 baru-baru ini, Mesyuarat Agung PIBG SMK Pulau Gaya telah diadakan bertempat di Dataran Hj. Abdul Aziz. Perasmian mesyuarat tersebut dilakukan oleh En. Abdul Kahar, Setiausaha Ahli Parlimen Putatan.

En. Abdul Kahar menyeru ibu bapa agar prihatin terhadap pendidikan anak-anak mereka. Mereka perlu memberi sokongan moral dan menyediakan keperluan pendidikan untuk membantu kecemerlangan anak-anak. Beliau juga berharap agar ibu bapa memilih ahli jawatankuasa yang mampu bekerja dengan penuh tanggungjawab demi persatuan, sekolah dan murid-murid sekolah ini.

Sebelum itu, En. Che Rose bin Bakar, Pengetua SMK Pulau Gaya memohon kerjasama ibu bapa dalam membentuk disiplin murid-murid. Pihak sekolah akan memastikan murid-murid dapat mengikuti pembelajaran melalui bimbingan guru-guru. Di samping, menyediakan prasarana untuk mendokong dan menyokong keperluan murid-murid di sekolah.

Sementera itu, Yang Dipertua PIBG, En. Kanchi Abdullah pula ibu bapa dan guru-guru mesti berganding bahu bagi membantu murid-murid untuk berjaya dalam pendidikan. Berliau berharap agar jawatankuasa PIBG sesi akan datang akan bekerja dengan lebih tekun dan penuh tanggungjawab untuk membantu pihak sekolah.

Pemilihan Jawatankuasa PIBG sesi 2008/2009 kali ini dikelolakan oleh Jawatankuasa Pemilihan yang dipengerusikan oleh En. Jaikin. Proses pemilihan berjalan lancar. Berikut peristiwa bergambar mesyuarat tersebut;

YDP PIBG< En. Kanchi Abdullah sedang berucap.

YDP PIBG En. Kanchi Abdullah sedang berucap.

Tuan Pengetua Che Rose bin Bakar serdang berucap pada majlis tersebut.

Tuan Pengetua Che Rose bin Bakar sedang berucap pada majlis tersebut.

En. Abdul Kahar berucap sekaligus merasmikan mesyuarat PIBG.

En. Abdul Kahar berucap sekaligus merasmikan mesyuarat PIBG.

Antara pemimpin masyarakat yang hadir dalam mesyuarat tersebut iaitu KK Saimah Sallam, Tn. Hj. Delait Abad, Tn. Hj  Idris Dakom dan KK Ariffin bin BakarPemimpin masyarakat KK Saimah Sallam, WKN Tn. Hj. Delait Abad, Pengewrusi JKK Tn. Hj Idris Dakom, KK Ariffin bin Bakar dan ibu bapa yang hadir pada mesyuarat kali ini.

Ahli Jawatankuasa PIBG 2009/2010 yang akan mengalas hala tuju PIBG bagi tempoh dua tahun akan datang.

Ahli Jawatankuasa PIBG 2009/2010 yang akan mengalas hala tuju PIBG bagi tempoh dua tahun akan datang.

En. Kanchi Abdullah dilantik semula sebagai YDP PIBG sesi 2009/2010. Ahli lain yang akan berganding bahu dengan beliau ialah KK Abdul Hassim Hj. Im. Amal  Timbalan Pengerusi, Pn. Rozaillah Abdullah Setiausaha, Pn. Normina Abdul Naib Setiausaha, Pn. Mariani John Bendahari, AJK pula terdiri daripada En. Razak Yusuf, En. Noor Ramdhan, En. Khairul Emier Syah, Pn. Carolyn, Pn. Qurratul Ain, dan En. Halili. Manakala Juruaudit dipertanggungjawabkan kepada En. Mohd Qiram Ejin dan Pn. Zaitoneh Ag. Lahap.

Selamat menjalankan tugas.


Kategori

%d bloggers like this: