Posted by: KrewPSS | April 10, 2009

ANUGERAH NILAM 2008

ANUGERAH NILAM SMK PULAU GAYA 2008

6 APRIL 2009 bersamaan hari Isnin baru-baru ini, Majlis Anugerah NILAM Peringkat SMK Pulau Gaya telah diadakan bertempat di Dataran Hj. Abdul Aziz. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Tuan Pengetua En. Che Rose bin Bakar. Tuan Pengetua menyeru dan berharap agar murid-murid sekolah ini mengamalkan budaya membaca demi membantu peningkatan akademik dan pengetahuan mereka. Sebelum itu, Penyelaras Program NILAM peringkat sekolah Pn. Riazulnisa Mohd Zulfikar berharap agar murid-murid menjadikan program NILAM sebagai pemakin kecemerlangan mereka sebagaimana kecemerlangan Tokoh NILAM peringkat negeri Sabah dan juga Tokoh NILAM peringkat Kebangsaan.

Berikut antara peristiwa bergambar sempena Majlis Anugerah NILAM Peringkat SMK Pulau Gaya 2008;

Pn. Razulnisa Mohd Zulfikar, Penyelaras Program NILAM berucap pada majlis tersebut.

Pn. Riazulnisa Mohd Zulfikar, Penyelaras Program NILAM berucap pada majlis tersebut.

Tuan Pengetua, En. Che Rose bin Bakar merasmikan Pelancaran Anugerah NILAM 2008.

Tuan Pengetua, En. Che Rose bin Bakar merasmikan Pelancaran Anugerah NILAM 2008.

Norshakilla Razak menyampaiakan ulasan buku pada pagi tersebut.

Norshakilla Razak menyampaiakan ulasan buku pada pagi tersebut.

Azim Sibawahi menerima anugerah daripada Tuan Pengetua.

Azim Sibawahi menerima anugerah daripada Tuan Pengetua.

Penerima Anugerah NILAM 2008 bersama Tuan Pengetua, Che Rose bin Bakar, En. Rutil, En. Paternus, En. Hakmat dan Pn. Riazulnisa

Pn. Riazulnisa, En. Hakmat, Tuan Pengetua En. Che Rose bin Bakar, En. Rutil dan En. Peternus bersama Penerima Anugerah NILAM 2008

Antara kategori anugerah yang diterima oleh penerima Anugerah NILAM 2008 adalah seperti Kelas Terbaik NILAM Menengah Rendah dan Menengah Atas, Anugerah Harapan NILAM, Anugerah Gangsa Tahap Jauhari NILAM, dan Anugerah Emas Tahap Jauhari NILAM.

Penerima Anugerah Kelas Terbaik NILAM Menengah Rendah ialah Tingkatan 2 Ihsan 2008. Tingkatan 4 Ihsan 2008 pula menerima Anugerah Kelas Terbaik NILAM Menengah Atas. Nuratikah Mansor murid Tingkatan 3 Ihsan menerima Anugerah Harapan NILAM 2008. Manakala Masarella Eddie (5N), Dg. Noraini Abnan (5N), Norshakilla Razak (5I), Nurulin Naim (5I), Siti Salmah Benjamin (3Z), Nuratikah Mansor (3I), Norshawati Musali (3I), Azim Sibawahi (5I), dan Amin Ahmad (4Z) adalah penerima Anugerah Gangsa Tahap Jauhari NILAM 2008. Nurhuda Ahmad dari Tingkatan 5 Ihsan (4I 2008) ialah penerima Anugerah Emas Tahap Jauhari NILAM 2008.

En. Rutil Taising Penolong Kanan HEM, En. Paternus Mujamah Penolong Kanan Kokurikulum, Ketua-ketua Bidang, Ketua-ketua Panitia, Guru-guru SMK Pulau Gaya turut hadir dalam Majlis Anugerah NILAM Peringkat SMK Pulau Gaya 2008.


Kategori

%d bloggers like this: