Posted by: KrewPSS | Februari 28, 2009

MSSM DAERAH KOTA KINABALU

SMK Pulau Gaya telah menghantar kontingen Olahraga dan Perbarisan menyertai Kejohanan MSSM Daerah Kota Kinabalu. Kejohanan tersebut telah diadakan di Stadium Likas, Kota Kinabalu dan disertai oleh 27 buah sekolah menengah daerah Kota Kinabalu termasuk dua buah sekolah menengah swasta. Kejohanan MSSM Daerah Kota Kinabalu telah dilangsungkan selama tiga hari iaitu pada 12, 13 dan 14 Februari.

Kontingen SMK Pulau Gaya telah memperoleh 2 pingat iaitu pingat Perak melalui Razif bagi acara Rejam Lembing Lelaki B dan pingat Gangsa  oleh Jeffry dalam acara Lempar Cakera Lelaki B. Pada keseluruhannya kontingen ini mendapat tempat ke 17 iaitu berkongsi tempat dengan SM Teknik Kota Kinabalu.

semasa menerima pingat Gangsa acara Lempar Cakera Lelaki B.

Jeffery semasa menerima pingat Gangsa acara Lempar Cakera Lelaki B.

Mudsa memakai baju biru berlari dalam acara 800 meter Lelaki B.

Mudsa memakai baju biru berlari dalam acara 800 meter Lelaki B.

Dr. Hj. Mohd Kassim Hj. Ibrahim PPD Kota Kinabalu menerima tabik hormat daripada kontingen perbarisan.

Dr. Hj. Mohd Kassim Hj. Ibrahim PPD Kota Kinabalu menerima tabik hormat daripada kontingen perbarisan.

Kontingen Perbarisan SMK Pulau Gaya serba merah di padang Stadium Likas.

Kontingen Perbarisan SMK Pulau Gaya serba merah di padang Stadium Likas.

Acara perasmian penutupan kejohanan tersebut telah dilaksanakan oleh Dr. Hj. Mohd Kassim Hj. Ibrahim, Pegawai Pelajaran Daerah Kota Kinabalu. Turut hadir En. Ahmad Seh dan Pengetua-pengetua Sekolah Menengah Daerah Kota Kinabalu.


Kategori

%d bloggers like this: