Posted by: KrewPSS | Februari 24, 2009

DARI ARIMA HIGH SCHOOL, KOBE KE SMK PULAU GAYA

SELAMAT DATANG KE SMK PULAU GAYA

Pengetua Arima High School, Kobe datang menunaikan janjinya untuk datang bertandang ke SMK Pulau Gaya. Kali ini Beliau datang bersama beberapa orang staf dan pelajarnya yang berjumlah 40 orang. Kunjungan mereka disambut dengan paluan kompang dan perarakan seri junjung. Pengetua SMK Pulau Gaya, Che Rose Bakar terlebih dahulu mengalu-alukan kedatangan tetamu luar negara itu. Kemudian taklimat tentang latar belakang sekolah disampaikan oleh Cg. Azlan Saflie. Ucapan balas En Ikoma Katsunobu Pengetua Arima High School diterjemahkan oleh penterjemah bahasa Jepun sebelum bertukar-tukar cenderamata.

Rombongan tersebut dibawa melawat ke kawasan sekolah, terutamanya Pusat Sumber Sekolah SMK Pulau Gaya “One Stop Center”. Persembahan kebudayaan daripada kedua-dua institusi pendidikan ini turut dipersembahkan di Dataran Hj. Abdul Aziz. Persembahan Seni Silat dan tarian Daling-daling dipertontonkan oleh pelajar-pelajar SMK Pulau Gaya. Pelajar-pelajar dari Kobe juga turut dipelawa menari tarian tradisional suku bajau tersebut. Manakala pelajar-pelajar Arima High School mempersembahkan permainan “Rangkaian Osom” dan koir.

dscn8430
Che Rose Bakar menyambut Pengetua dan Rombongan Arima High School

dscn8448
En. Ikoma Katsunobu menandatangani Buku Pelawat PSS SMK Pulau Gaya One Stop Center.

dscn8457
Persembahan Seni Silat oleh Warga SMK Pulau Gaya
dscn8462
Persembahan “Rangkaian Osom” Arima High School melibatkan warga SMK Pulau Gaya

Tarian Daling-daling menghiburkan rombongan pelawat dari Jepun
Tarian Daling-daling menghiburkan rombongan pelawat dari Jepun

Tentu ada yang menarik dan melucukan di atas pentas.

Tentu ada yang menarik dan melucukan di atas pentas.

Berusaha menguasai tarian daling-daling.

Berusaha menguasai tarian daling-daling.

En........ menandatangani banner sebagai kenangan.

En. Ikoma Katsunobu menandatangani banner sebagai kenangan.

Rombongan pelawat tersebut disajikan jamuan tengah hari, sebelum berangkat meneruskan program pelancongan mereka ke Taman Tunku Abdul Rahman. Sayonara.


Responses

  1. Sayang sekali saya tidak berpeluang bersama-sama pelawat dari Jepun ini. Saya harapkan lawatan-lawatan seperti ini dapat meningkatkan martabat sekolah pulau di mata dunia. SMK Pulau Gaya Boleh! Sabah boleh ! Malaysia boleh !


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: