Posted by: KrewPSS | Februari 11, 2009

Semangat Kesukanan di SMK. Pulau Gaya

KEJOHANAN SUKAN SMK PULAU GAYA 2009

Temasya kejohanan sukan tahunan ini telah berlangsung dengan jayanya di Stadium Likas, Kota Kinabalu pada 8 Februari 2009. Perasmian penutupan dibuat oleh Pengerusi PIBG SMK Pulau Gaya, En. Kanchi Abdullah.

Tahun ini Rumah Sukan Waja telah menjadi Juara keseluruhan dan diikuti tempat kedua rumah Satria, ketiga rumah Wira dan tempat keempat rumah Putera.  Pihak pentadbiran sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua penyumbang-penyumbang derma, dan syabas kepada AJK Penganjur ymenjayakan temasya sukan pada tahun ini.

Berikut adalah sedikit-sebanyak foto sepanjang masa temasya sukan… selamat menonton.

imgp5900

Sukan tahunan SMK Pulau Gaya tahun 2009 mengambil masa dua hari dan kemuncaknya pada 8 Feb lepas di Stadium Likas, Kota Kinabalu. Impian emas jelas terasa dari gelagat pelajar di atas semasa di garisan permulaan.

imgp5889

Larian peserta perempuan – yang penting ikut lorong, tidak pakai kasut tak pa, yang penting ada stokin untuk perlindungan dari terkupas oleh trek yang lembut tapi kasar… hehe

imgp5877

Panas tapi anggota St. John bersiap-sedia. Manalah tau ada yang tidak berdaya atau pengsan bolehlah tunjukkan kepakaran mengangkat, mengusung, mengipas, menyiram atau CPR jika perlu.

imgp5908Sakit hanya sementara… yang penting meneruskan perjuangan di acara larian seterusnya dengan apa cara sekalipun termasuk cara ini. Selotap kertas ini memang melegakan. Benda tu dapat dari mana, dik? dari unit pertolongan cemas atau dari unit statistik?

imgp5922Menang atau kalah sama sahaja. Memang itulah adat perlawanan. Tapi kalau dapat pingat glamour jugak la.

Jutaan terima kasih untuk foto-foto sumbangan dari Mr. Photographer kita yang cekap dan berani.


Responses

  1. eh! gaman kenapa gia itu gambar besar2, kasih suruh kecilkan guna photoshop. Itu lencana kenapa tertutup, gambar head blog sudah ok tapi napa ketara kepala tu pecah hehehehe… sorry gaman banyak komen plak sia sini kan….🙂

  2. Wah hebatlah, syabas geng teruskan dengan maklumat yang terkini.

  3. bulih tahan kamu kasi cerita. pasal fail besar, ko pandai kasi kecil bah kan?

  4. Hello Tuan, saya rasa gambar tu perlu seimbang dari segi susun atur supaya paparan maklumat nampak cantik dan menarik. Tq.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: