PENGURUSAN

PENTADBIRAN PUSAT SUMBER SEKOLAH

Pusat Sumber Sekolah SMK Pulau Gaya One Stop Centre diurus dan ditadbir oleh tiga jawatankuasa  iaitu Jawatankuasa Induk Pusat Sumber Sekolah, Jawatankuasa Kerja Pusat Sumber Sekolah, dan Jawatankuasa Pengawas Pusat Sumber Sekolah.

JKINDUK PSSBLOG09

jawatankuasa-kerja-pusat-sumber-sekolah

jawatankuasa-pengawasblog

GAMBAR PENGAWAS PUSAT SUMBER SEKOLAH SESI 2009

dscn8960

Duduk: Ibrahim, Siti Hayati, Siti Markiah, Nurulin, Norsyakilla, Sarafeza, Noratizah, Mohd. Azwan, & Za Zikal Berdiri barisan tengah: Julianie, Nur Shawati, Mohd. Rizwan, Mohd Safwan, Sufri, Shidy, Harhamsah, Darwisa, & Saidah Berdiri barisan belakang: Yunisa, Norda, Nadia, Nurhuda, Samimi, Masarella & Dg. Noraini.

PENGURUSAN

Pusat Sumber Sekolah SMK Pulau Gaya dikelolakan secara terancang dan sistematik berdasarkan pelan perancangan strategik yang direncanakan oleh jawatankuasa pentadbiran pusat sumber sekolah. Bagi memastikan keberkesanan perkhidmatan pusat maklumat ini dicapai secara realistik, beberapa prosedur diwujudkan, antaranya.

1. Penentapan visi, misi, matlamat, objektif, konsep, fungsi, dan piagam pelanggan dijadikan garis panduan untuk mencapai tujuan penubuhan pusat maklumat sekolah ini.

2. Fail Kuasa dijadikan landasan pelaksanaan setiap perancangan yang dibuat.

3. Fail Meja setiap ahli jawatankuasa dijadikan panduan bagi mengelakkan pertindihan bidang tugas semasa pelaksanaan perancangan perkhidmatan dan aktiviti.

4. Sistem Fail turut dijadikan asas menterjemahkan pengurusan dan pentadbiran yang berkesan bagi pusat sumber sekolah ini. Setiap tindakan, perkhidmatan, dan aktiviti diurus secara sistematik menggunakan sistem fail yang disediakan.

5. Peraturan penggunaan perkhidmatan dan pelaksanaan aktiviti turut diwujudkan bagi memudakan pengurusan dan pentadbiran yang ditetapkan.

6. Prosedur pelaksanaan sistem pemerolehan dan pelupusan alatan dan bahan diperkenalkan bagi memudahkan tindakan jawatankuasa yang berkenaan.

7. Sistem pengurusan elektronik turut diperkenalkan bagi melicinkan pengurusan dan pentadbiran program di pusat maklumat ini seperti e-pustakawan, e-waktu, blog, dan e-mail.

8. Perancangan Strategik Pusat Sumber Sekolah, Perancangan Tahunan Pusat Suber Sekolah, dan Perancangan Aktiviti Tahunan Pusat Sumber Sekolah disediakan untuk dilaksanakan bagi memenuhi keperluan warga sekolah dan pusat  sumber sekolah ini.

9. Kewangan juga menjadi sumber utama untuk memastikan setiap perancangan dapat direalisasikan oleh jawatankuasa pusat sumber sekolah ini.

10. Komuniti setempat dan organisasi yang berkaitan turut dijadikan rakan pintar untuk menyumbang idea, tenaga, dan sumbangan kewangan sebagai pemakin kepada pengurusan dan pentadbiran yang lebih mapan dalam usaha mencapai ketetapan yang telah direncanakan di peringkat jawatankuasa.

Keberkesanan penyampaian dan penggunaan maklumat pusat sumber sekolah ini bergantung kepada kecekapan pihak pengurusan dan pentadbiran. Justeru jawatankuasa yang dipertanggungjawabkan perlu peka untuk memenuhi kehendak, keperluan dan keinginan guru-guru dan murid-murid sekolah ini ke tahap maksimum. Sehubungan itu, warga sekolah ini perlu bekerjasama dengan mengamalkan konsep memberi dan menerima untuk kepentingan bersama dalam memperkembang ilmu ke tahap yang terbaik, cemerlang, gemilang dan terbilang.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: