Posted by: KrewPSS | Mei 17, 2009

MINGGU SAINS DAN MATEMATIK

AKTIVITI SAINS DAN MATEMATIK 2009

Minggu Sains dan Matematik telah dijalankan pada 20 hingga 24 April. Program akademik ini dijalankan kerjasama Panitia Sains dan Panitia Matematik yang diselaraskan oleh Ketua Bidang Sains.

Murid-murid semasa melawat Pameran Sains dan Matematik di Laman Warisan

Murid-murid semasa melawat Pameran di Laman Warisan

Murid-murid sedang menggunakan Mikroskop di Sudut Sains Laman Warisan

Murid-murid sedang menggunakan Mikroskop di Sudut Sains

Pelbagai aktiviti telah dijalankan sebagai pengisian Minggu Sains dan Matematik. Antaranya pameran sains dan matematik di Laman Warisan, kuiz sains dan matematik, tayangan filem fiksyen sains, dan deklamasi sajak. Program Menderma Darah turut dianjurkan dengan kerjasama NGO dan Hospital Likas yang melibatkan penyertaan guru-guru, murid-murid dan ibu bapa.

Apa yang menarik tu?

Apa yang menarik tu?

Cakerawala di Laman Wasisan

Cakerawala di Laman Wasisan

En. Mustapha ketika mendapatkan pengesahan Rekod Derma Darah

En. Mustapha ketika mendapatkan pengesahan Rekod Derma Darah

Guru-guru dan murid ketika menderma darah di D'Samudera

Guru-guru dan murid ketika menderma darah di D'Samudera

En. Azlan Hj. Saflie Penolong Kanan Pentadbiran mewakili pengetua merasmikan Penutupan Minggu Sains dan Matematik. Turut hadir En. Rutil Taising (PK HEM), En. Paternus (PK KOKUM), Pn. Zarina (Ketua Bidang Sains) Pn. Folziah Mohd Salleh (Ketua Bidang Kemanusiaan), En. Mohammad Kamel (Ketua Bidang Bahasa), En. Tuan Ibrahim (Ketua Bidang Votek), guru-guru dan murid-murid SMK Pulau Gaya.

About these ads

Kategori

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: